Pelan Pemasaran

Pelan Pemasaran Perniagaan Stormreaders Network Sdn Bhd

Pengenalan

Stormreaders Network Sdn Bhd memasarkan produk-produknya yang berbentuk bahan-bahan ilmu yang bermanfaat melalui Program Gabungan Pemasaran Berbilang Tingkat (MLM Affiliate Program). Program ini secara tidak langsung akan menggalakkan pertumbuhan usahawan melalui perniagaan secara online dan rangkaian.

Keahlian

1. Keahlian boleh diperolehi melalui pendaftaran dengan yuran keahlian sebanyak RM90 sahaja. Dengan keahlian ini ahli akan memiliki:

  • Kad Keahlian = RM30 (tahunan)
    • Insuran Takaful RM30,000
    • Khairat Kematian RM3,000
  • Sistem e-Net & Laman web e-store peribadi = RM30 (tahunan)
  • Kit Permulaan Perniagaan = RM30

2. Setiap ahli yang telah mendapatkan keahlian akan memiliki sebuah laman web e-Store yang lengkap dengan produk-produk dan sedia untuk menerima tempahan secara online. Ahli perlu membuat promosi untuk peniagaan ‘online’ miliknya dan seterusnya menjana pendapatan melalui komisyen dan bonus jualan e-Store.

3. Ahli mempunyai pilihan untuk bergiat dan menyertai rangkaian pengedar sebagai ‘Rakan Pengedar’dengan membuat pembelian peribadi produk dan mengumpul nilai mata sehingga 100CP (RM300) dan seterusnya melayakkan diri untuk membina rangkaiannya sendiri.

4. Ahli akan maju ketahap ‘Pengedar’ dengan membuat penajaan ‘Ahli’ dan ‘Rakan Pengedar Baru’dan seterusnya menjana pendapatan tambahan melalui komisyen dan bonus rangkaian.

5. Ahli perlu mencapai jualan bulanan minima bernilai 20CP (RM60) untuk terus kekal aktif di dalam rangkaian.

Jenis Pendapatan

Berikut adalah jenis-jenis pendapatan yang telah disediakan oleh Stormreaders Network kepada ahli-ahli:

1) Komisyen harian jualan e-Store peribadi,

2) Bonus harian jualan e-Store rangkaian tajaan ahli,

3) Bonus e-Store Global, iaitu perkongsian bahagian daripada jumlah jualan eStore Global.

4) Komisyen harian Jualan Peribadi,

5) Bonus mingguan Jualan Kumpulan

6) Bonus bulanan Jualan Rangkaian Global, iaitu perkongsian bahagian daripada jumlah jualan bulanan Rangkaian Global.

7) Bonus bulanan Kesetiaan Kumpulan

8.) Bonus bulanan Kesetiaan Kumpulan Global

9) Tabung Umrah dan pelancongan.

Penerangan Untuk Setiap Pendapatan

1. Komisyen Jualan e-Store Peribadi (20% nilai jualan)

1.1. Ahli membuat dan melengkapkan aktiviti jualan kepada pelanggan atau belian peribadi pada e-Store miliknya, melayakkannya untuk mendapat komisyen.

1.2. Komisyen yang diberikan oleh Stormreaders Network adalah sebanyak 20% daripada nilai harga jualan yang telah ditetapkan (katalog) dan akan dikira setiap hari.

1.3. Tiada had minima atau maksima dan ahli layak memilikinya setiap hari selagimana aktiviti jualan dan belian berlaku pada e-Store miliknya sendiri.

1.4. Penghantaran akan dibuat terus dari pusat pengedaran Stormreaders Network kepada pelanggan e-Store ahli dan status penghantaran boleh disemak dengan menggunakan system yang telah disediakan.

2. Bonus Jualan e-Store Tajaan (10% nilai jualan e-Store tajaan)

2.1. Sebagai tambahan, ahli juga akan menikmati Bonus ‘overriding’ jualan atau belian yang berlaku pada e-Store di bawah rangkaian yang telah ditaja sendiri, iaitu sebanyak 10%.

2.2. Ahli perlu mencapai tahap jualan minima RM500 sekiranya ingin menikmati bonus ‘overriding’ ke atas semua e-Store tajaan ahli.

3. Bonus e-Store Global (Perkongsian 5%)

3.1. Bonus e-Store Global adalah perkongsian bahagian 5% daripada jumlah jualan seluruh e-Store yang terdapat di dalam rangkaian e-Store Stormreaders Network.

3.2. Setiap ahli yang berjaya mencapai tahap tertentu jualan e-Store layak untuk memiliki bahagian-bahagian yang ditetapkan di dalam Bonus e-Store Global dan akan dikira pada setiap hujung bulan.

3.3. Jumlah bahagian perkongsian yang layak untuk ahli miliki adalah seperti yang terdapat di dalam jadual di bawah.

Pencapaian Jualan Bulanan (RM)
Tahap/ Peringkat Pencapaian
Jumlah Bahagian Perkongsian
1000 1 1
2000 2 3
3000 3 6
4000 4 10
5000 5 15
Tahap Perkongsian Maksima

Jadual Bonus eStore Global

4. Komisyen Jualan Peribadi (15% nilai mata jualan peribadi)

4.1. Komisyen Jualan Peribadi adalah pendapatan hasil daripada usaha memperkenal, menaja dan seterusnya membuat jualan peribadi kepada rakan pengedar baru di dalam rangkaian.

4.2. Ahli perlu terlebih dahulu maju kepada tahap ‘Rakan Pengedar’ untuk membolehkan ahli menaja ‘Rakan Pengedar Baru’.

4.3. Tiada had minima atau maksima untuk memiliki Komisyen Jualan Peribadi. Ahli layak memilikinya selagimana ianya adalah usaha dan penjaan ahli sendiri.

5. Bonus Jualan Kumpulan (15% nilai mata jualan kumpulan)

5.1. Komitmen dan kerjasama di dalam perkhidmatan dan aktiviti jual beli di dalam rangkaian membolehkan ahli untuk menjana pendapatan berterusan melalui Bonus Jualan Kumpulan.

5.2. Ahli perlu terlebih dahulu maju kepada tahap ‘Pengedar’ untuk menikmati Bonus Jualan Kumpulan

5.3. Ahli layak menerima pendapatan mingguan daripada Bonus Jualan Kumpulan sehingga kepada tahap maksima mingguan iaitu sebanyak RM4,500 atau 25% daripada jumlah jualan harian syarikat.

5.4. Ahli perlu membina dan memastikan sekurang-kurangnya 3 kumpulan aktif untuk mula menjana Bonus Jualan Kumpulan dengan setiap kumpulan masing-masing mempunyai gabungan mata (CP) minima 100CP:100CP:100CP dimana setiap 100CP membawa nilai bonus 15bv (sila rujuk rajah Bonus Jualan Kumpulan).

5.5. Setiap mata (CP) yang tidak bergabung akan dibawa kepada keesokan harinya untuk digabungkan dan seterusnya menjana nilai bonus (bv) sehingga kepada tahap maksima mingguan.

5.6. Mata (CP) yang tidak bergabung dan tidak melebihi 10,000CP (setiap kumpulan besar, pertengahan dan kumpulan-kumpulan kecil) akan dibawa ke minggu seterusnya.

100CP : 100CP : 100CP

Gabungan mata (100CP:100CP:100CP) di atas akan membawa nilai bonus 45bv (harian)

6. Bonus Jualan Rangkaian Global (Perkongsian 3% GNRSV)

6.1. Bonus Jualan Rangkaian Global adalah perkongsian bahagian 3% daripada jumlah jualan seluruh rangkaian Stormreaders Network dan akan di kira setiap bulan.

6.2. Setiap ahli yang telah berjaya maju dan mencapai kepada tahap kepimpinan layak untuk memiliki perkongsian bonus ini mengikut nilai                                     perkongsian yang telah ditetapkan.

Sila lihat jadual di bawah:

Tahap Kepimpinan
Syarat Pencapaian
Jumlah Bahagian Perkongsian
Gangsa 4500 BV Terkumpul 1
Perak Membina 2 Pemimpin Gangsa 3
Emas Membina 2 Pemimpin Perak & 1 Gangsa 6
Platinum Membina 2Pemimpin Emas & 1 Perak 10
Titanium Membina 2 Pemimpin Platinum, 1 Emas & 1 Gangsa 15

Jadual Bonus Jualan Rangkaian Global

6.3. Jumlah perkongsian pada bulan-bulan seterusnya akan bergantung kepada tahap pencapaian masing-masing pada bulan tersebut dan tidak bergantung kepada tahap kepimpinan yang telah dicapai pada bulan-bulan sebelumnya.

7. Bonus Kesetiaan Kumpulan (15% nilai mata jualan bulanan kumpulan)

7.1. Setiap ahli yang telah membina kumpulanya dan mencapai tahap kepimpinan akan menerima Bonus Kesetiaan Kumpulan setiap bulan selagimana kumpulan di bawah kepimpinannya terus aktif mencapai tahap jualan minima bulanan masing-masing (20CP).

7.2. Pendapatan maksima bulanan Bonus Kesetiaan Kumpulan bergantung kepada Tahap kepimpinan yang telah dicapai oleh ahli. Sila lihat jadual di bawah.

Tahap Kepimpinan
Belian Bulanan Kumpulan
Jumlah Bonus RM (Maksima)
Gangsa 6,000 CP 900
Perak 12,000 CP 1,800
Emas 30,000 CP 4,500
Platinum 72,000 CP 10,800
Titanium 174,000 CP 26,100

Jadual Bonus Kesetiaan Kumpulan

8. Bonus Kesetiaan Kumpulan Global (Perkongsian 3% GNMSV)

8.1. Setiap ahli yang telah mencapai tahap kepimpinan dan berjaya mengekalkan jumlah belian bulanan kumpulan, layak untuk menerima Bonus Kesetiaan Kumpulan Global iaitu perkongsian 3% daripada jumlah belian seluruh rangkaian global syarikat.

8.2. Jumlah perkongsian yang layak dimiliki bergantung kepada jumlah belian bulanan kumpulan seperti yang terdapat di dalam jadual di bawah:

Tahap Kemimpinan
Belian Bulanan Kumpulan
Jumlah Perkongsian
Gangsa 6,000 CP 1
Perak 12,000 CP 3
Emas 30,000 CP 6
Platinum 72,000 CP 10
Titanium 174,000 CP 15

9. Tabung Umrah & Pelancongan (Perkongsian 2% GNMSV)

9.1. 2% daripada jumlah jualan bulanan ulangan global akan dikumpulkan ke dalam Tabung Umrah & Pelancongan ahli dan boleh digunakan untuk mengerjakan umrah atau melancong.

sumber daripada www.stormreaders.com.my

Jika saudara/saudari terdapat sebarang persoalan sila klik hubungi kami. Insya Allah kami akan cuba melayan saudara/saudari sebaik mungkin.

2 Responses to Pelan Pemasaran

  1. hillme says:

    salam.fhm cket jer….persoalan..
    1.CP bulanan tu kalau tak cukup,nama kita burn la ya?.minta maaf la ya,kalau kita dah cuba publish,tapi tak laku gak sebulan tu,maknanya sy dah terkeluar la dari bsnes ni,…
    memang byk pnjelasan dalam nie,tapi saya tak faham la…sy ni mmg lambat sikit,tapi cuba faham kan juga…buat masa ni itu je la nak di tanya..salam.

    • Wasalam, Hilme.
      20cp bulanan tu tak wajib pun.. In case, tiada jualan dalam bulan tu, akaun kita still aktif lagi. MAsih boleh buat jualan dan mendapat komisyen 20% daripda jualan kita.🙂
      kita kena faham yang bisnes stormreaders ni terbahagi kepada 2 iaitu:
      1. jualan langsung( melalui estore)-
      2. sistem networking (MLM)

      Jika kita hanya plan untuk buat jualan, tak payah maintain 20cp (bulanan) pun takpa. Jika kita dah start menaja Pengedar baru (bukan ahli baru) barulah kita kena start buat maintain 20cp bulanan supaya kita mendapat bonus daripada networking.

      Ada soalan lain?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s