Budaya Membaca Trend Negara Maju

LAUTAN pengunjung dan ulat buku yang hadir di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009 yang dijangka mencecah sasaran 2.5 juta pelawat tahun ini. Dengan jumlah hampir 10 peratus daripada penduduk Malaysia, ia membuktikan masih ada rakyat negara ini yang cintakan buku.

Pada pendapat saya, perkembangan ini mampu memberi impak positif kepada industri dan pasaran buku dalam memupuk minat membaca yang tinggi di samping menjadi momentum penting kepada tahap literasi negara pada masa hadapan.

Ini dikuatkan lagi dengan perangkaan terkini Jabatan Statistik Negara 2008 bahawa kadar literasi atau celik huruf rakyat Malaysia adalah tinggi berbanding negara Asia Tenggara lain.

Bagaimanapun usaha berterusan perlu ditingkatkan bagi meningkatkan kadar literasi rakyat agar setanding dengan negara maju lain di dunia.

Berdasarkan kepada statistik tersebut, ia menunjukkan kadar literasi rakyat negara ini yang berumur 15 tahun ke atas ialah 93.2 peratus. Ia merupakan satu kejayaan kepada negara.

Statistik ini berkemungkinan besar berkait rapat dengan transformasi sistem pendidikan negara yang sedang dilaksanakan. Di samping itu, kewujudan Dasar Buku Negara (DBN) turut meningkatkan amalan dan tabiat membaca rakyat Malaysia.

Ia merupakan perkembangan memberangsangkan berbanding laporan dan kajian akademik sebelum ini. Pada 2005, profil pembaca mendapati rakyat Malaysia berumur di bawah 40 tahun kurang membaca. Iaitu sekadar dua buah buku sahaja setahun.

Sementara itu, bagi kumpulan berumur 10 tahun dan ke atas pula, daripada 85 peratus rakyat yang membaca, 77 peratus hanya membaca akhbar. Tiga peratus membaca majalah dan buku manakala 1.6 peratus yang lain membaca komik.

Perkara ini jelas menunjukkan rakyat negara ini masih lagi cenderung membaca bahan bacaan ringan. Berbanding rakyat negara maju, mereka lebih gemar membaca bahan bacaan lebih berat dalam bentuk buku. Ia termasuk generasi muda yang seawal sekolah rendah lagi.

Oleh itu, tabiat ini perlu diperbaiki dari semasa ke semasa melalui dasar sedia ada yang lebih menyeluruh dan dipertingkatkan seiring dengan tahap literasi rakyat negara ini.

Ini kerana menurut Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin, objektif pengembangan budaya membaca di kalangan rakyat wajar dilihat dari aspek memperkasa agenda nasional. Ia dilaksanakan secara bersepadu dengan proses pembinaan tamadun negara, bangsa dan pembangunan modal insan tanpa kompromi.

Kadar literasi yang tinggi di kalangan penduduk di negara ini juga menunjukkan lebih banyak bahan bacaan tradisional seperti buku dan lain-lain. Ia termasuk kerancakan aktiviti penterjemahan serta penerbitan diperlukan bagi menampung peningkatan indeks celik huruf di negara ini.

Usaha ini perlu digiatkan walaupun lambakan bahan bacaan digital secara percuma begitu meluas serta mudah diakses di internet.

Kehadiran aplikasi e-book, blog dan sebagainya tidak menggugat industri penerbitan bahan bacaan bercetak bahkan merancakkan lagi budaya membaca serta tradisi ilmu di negara kita.

Laporan Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP) 2007/2008 menunjukkan kadar literasi rakyat Malaysia berada di belakang negara maju seperti Jepun, Britain, Amerika Syarikat, Australia dan Jerman yang mempunyai kadar literasi tinggi sehingga 99 peratus.

Lazimnya semakin negara menempah kemajuan, rakyatnya lebih banyak dan kuat membaca. Ini kerana budaya membaca menjadi trend dan tradisi masyarakat negara maju sejak dahulu lagi.

Tambahan pula kedudukan Malaysia dalam Indeks Pembangunan Pendidikan Untuk Semua meningkat ke tangga 45 daripada 129 negara yang terlibat dalam kaji selidik Laporan Pemantauan Global 2009 berbanding kedudukan 56 yang dicapai pada tahun 2008.

Ini menunjukkan bahawa kerajaan komited menuju negara maju tidak lama lagi dan pencapaian itu bermakna Malaysia sebagai antara penyokong kuat Agenda Pendidikan Untuk Semua (EFA) menjelang 2015 bagi merealisasikan misi buta huruf sifar.

Posted in Mari Membaca! | Leave a comment

MEMBACA- Beza Jepun dengan Melayu

Kata Said Abul `Ala Mawdudi rahimatullahu ta`ala,

“Bagi setiap individu muslim, paling minima masa yang mesti diperuntukan untuk membaca ialah 1 jam.”

Tetapi apabila disuruh membaca,  janganlah pula kita  membaca majalah Mangga, Kreko, Utopia dan sebagainya . Dalam hal ini kita jangan salah faham. Apa yang dimaksudkan oleh Mawdudi ialah membaca buku-buku agama, sirah, perjuangan Islam dan sebagainya. Dalam bab membaca ni, yang paling champion sekali ialah orang-orang Jepun. Menurut sahabat yang belajar di sana, mereka mengatakan bahawa orang-orang Jepun membaca buku setebal 500 mukasurat dalam masa 1 bulan. Atas sebab itulah  bila kita pergi ke Jepun,  anda boleh melihat perangai orang-orang Jepun tak kiralah mana saja; dalam bas, luar bas, bus stop dan di mana -mana sahaja; mereka tidak terpisah dengan buku mereka. Sebab itu, ALLAH kurniakan kecerdikan dan gentlemannya orang-orang Jepun ni.

Sebagai contoh, ketika PM Jepun terlantar koma, semua ahli kabinet mereka meletakkan jawatan sebagai tanda hormatnya mereka ke atas PM mereka itu. Seolah-olah Pentadbiran negara tidak akan berjalan selagi PM mereka tidak sembuh. Itulah gentlemen namanya. Bukan macam kita, kalau PM mati tegak atas kerusi sekalipun, kabinet nanti relax aje. Silap-silap haribulan, tepuk tangan lagi pasal seronok.

Sebab apa masyarakat kita menjadi sebegitu? Sebab mentaliti orang kita memang macam tu. Orang Jepun dekat bus-stand membaca buku. Tapi orang kita kat bus-stand, baguih punya dok termenung gigit kuku. Kalau tidak pun,  mengorat minah kilang yang lalu lalang. Yang tu saja yang kita tahu. Jadi bagaimana nak tambah ilmu kalau macam ni punya gaya?

Sepatutnya, kita orang Islamlah yang mau rajin baca buku sebab ayat yang mula-mula sekali turun ialah Iqra`, yakni disuruhNya kita membaca…SubhanALLAH. Tapi kalau kita hentam baca saja, tanpa teknik pun tak boleh jugak. Hentam baca sampai 2 buku habis dalam masa 1 hari, tapi apa pun tak paham. Yang ni namanya buang masa dan penat membaca je. Sebab itu, kita mesti ada kaedah dan strategi. Yang ni kena belajar managementdan cara-cara ilmu phycology bagaimana nak faham sesuatu perkara. Antara caranya yang paling simple yang boleh kita buat ialah cuba buat ringkasan apa yang kita faham tentang buku yang baru kita habis baca tu. Insya`ALLAH, dengan kaedah seperti ini, kefahaman itu akan melekat dalam pemikiran kita.

Posted in Mari Membaca! | Leave a comment

Tidur Sekejap Pada Siang Hari

Dalam kitab Mishkatul Masabih disebutkan:

gambar hiasan

“Tidur sekejap pada waktu tengah hari (qailullah) bukanlah perbuatan keji kerana Rasulullah pernah melakukannya”.

Tujuan tidur siang ini agar pada malam harinya mereka boleh bangun untuk mendirikan solat Tahajjud.

Tengah hari adalah masa paling sesuai untuk tidur seketika kerana sistem badan manusia secara biologi bersedia untuk memanfaatkan fasa tidur pada waktu itu. Fasa ini disebutkan sebagai mid-afternoon quiescent phase atau a secondary sleep gate. Antara tokoh yang menggalakkan tidur seketika pada tengah hari ialah Dr. William A. Anthony, Phd dan Camille W. Anthony, pengarang buku The Art Of Napping At Work.

Posted in Tazkirah Sebagai Makanan Hati | Leave a comment

Ulama dan Sultan Yang Tidak Sabar – kisah kafarrah

Pada zaman dahulu ada seorang sultan tinggal di Tanah Arab. Baginda ni tidak boleh tahan dengan wanita. Hinggakan siang bulan Ramadhan pun baginda tergamak melakukan hubungan seksual dengan isteri atau hamba miliknya. Oleh itu, baginda meminta fatwa daripada para ulama. ada seorang ulama berfikir: “Jika disuruh sultan memerdekakan, memang tak menjadi masalah. Sultan ni kaya. Hamba pun banyak. Kalau aku bagi fatwa suruh memerdekakan hamba, mungkin sultan tak akan berpuasa langsung. Baginda boleh memerdekakan terus 30 hamba untuk satu bulan. Baik aku fatwa pilihan kedua. ” Akhirnya ulama itu pun memberi fatwa bahawa sultan hendaklah berpuasa dua bulan berturut-turut.

Posted in Ramadhan, Tazkirah Sebagai Makanan Hati | Leave a comment

Kisah Lucu Seorang Guru yang Menafikan Wujudnya Tuhan

Gambar hiasan

Telah diriwayatkan suatu kisah lucu yang dikatakan berlaku di sebuah sekolah dimana seorang guru berdiri di hadapan para pelajar lalu bertanya kepada mereka: ” Adakah kamu semua boleh melihat saya?”  Para pelajar menjawab, “Ya!” Lalu guru tersebut berkata: “Ini bererti saya wujud”.

Guru itu bertanya lagi kepada para pelajar: “Adakah kamu melihat papan hitam?” Para pelajar menjawab, “Ya!” Dia berkata: ” Maka papan hitam itu wujud”.

Dia meneruskan lagi pertanyaan, “Adakah kamu boleh melihat meja?”. Para pelajar menjawab: “Ya!” Dia berkata, ” Bermakna meja itu wujud”.

Dia bertanya lagi, “Adakah kamu melihat Allah?” Para pelajar menjawab: “Tidak!” Lantas guru itu berkata, “Ini bererti Allah itu tidak wujud!”

Seorang pelajar yang agak cerdik bangun dan bertanya kepada rakan-rakannya: “Adakah kalian boleh melihat akal cikgu?” Para pelajar menjawab: “Tidak!” Dan pelajar tersebut berkata: “Ini bererti akal guru kita tidak wujud”.

(Dipetik daripada kitab Allah oleh Syeikh said Hawwa)

=========

Bagaimana? Lucukan kisah di atas. Kisah di  atas di petik daripada buku Soal Jawab Remeh Temeh tentang Akidah.

Anda boleh dapatkan buku-buku dan bahan bacaan keluaran Telaga Biru Sdn Bhd yang lain di sini. Sila klik

e Kedai Buku Telaga Biru

Jika anda berminat untuk menjadi pengedar buku Telaga Biru Sdn Bhd seperti kami, sila klik

Stormreaders

Sekian, terima kasih

==========

Posted in Tazkirah Sebagai Makanan Hati | Leave a comment

Memilih Tempat Belajar yang Betul

Dimanakah agaknya tempat yang sesuai untuk anda belajar?

Dimanakah agaknya tempat yang paling selesa untuk anda membaca?

Ini adalah pendapat saya – Jawapannya ialah dimana-mana sahaja! – Tidak semestinya seperti dalam gambar sebelah.🙂 Tempat itu mungkin di sebilik anda, meja makan, dapur (kalau ada meja la..), atau di mana-mana sahaja tempat yang anda rasakan selesa. Kalau boleh hendaklah tempat itu jauh daripada ‘kawasan merah’.

Kawasan merah  yang saya maksudkan di sisi ialah kawasan yang mempunyai aktiviti yang berpotensi besar untuk menarik perhatian anda seperti GOSIP, MAKAN, MATCH BOLA dalam playstation dan sebagainya (anda boleh fikir sendiri..).

Kawasan untuk anda belajar/ membaca juga mestilah jauh daripada TV, adik lelaki anda (hmmm..), kawan anda dan sebarang faktor lain yang boleh menarik perhatian anda daripada buku.

Selain itu, penting juga untuk anda memilih tempat yang anda jarang gunakan untuk tujuan lain selain belajar atau membaca. Kalau anda selalu main daun terup kat meja itu, saya pasti anda akan senang terfikir mengenai daun terup sahaja berbanding apa yang anda baca!

==========

Sekiranya anda ingin mendapatkan buku-buku dan bahan bacaan berbentuk motivasi pelajar, agama, novel atau CD pembelajaran untuk kanak-kanak keluaran Telaga Biru Sdn Bhd, sila klik

e Kedai Buku Telaga Biru

(gunakan Internet Explorer 8 untuk melancarkan urusan anda)

Jika anda berminat untuk menjadi pengedar buku Telaga Biru Sdn Bhd seperti kami, sila klik

Stormreaders

Sekian, terima kasih

==========

Posted in Teknik Belajar Buat Si Pencari Ilmu | Leave a comment

Masa Yang Tepat- Untuk Belajar

Adakah anda tahu untuk mengawal dan menggunakan masa belajar anda? Adakah anda ingin mendapatkan faedah sepenuhnya daripada masa yang anda luangkan ?

Dalam artikel ini saya sertakan beberapa cadangan, panduan dan petua berguna bagaimana untuk anda meningkatkan kualiti masa belajar anda. Oleh yang demikian, luangkanlah sedikit masa anda untuk membaca artikel ini!

Pertama sekali, anda perlu menetapkan satu jangka masa yang khas untuk anda belajar. Anda boleh letakkan nama pada jangka masa ini contohnya seperti “Waktu Belajar Amy”, “my Official Study Period” , dan “Study Hours!”. Letaklah apa jua nama asalkan ianya mudah diingati dan bermakna.

Kemudian, anda tetapkan pula masa minimum dan maksimum untuk anda luangkan untuk belajar. Anda hendaklah mematuhi jangka masa yang ditetapkan secara jujur – Walaupun anda sudah ‘habis’ belajar!

Sebenarnya dan seadilnya, anda tidak boleh mengatakan ” Guru saya tidak memberikan kerja rumah hari ni, jadi saya tidak perlu belajar apa-apa hari ini!”. Ucapan sebegini sering diucapkan oleh para pelajar- betul atau tidak?. Jika anda sudah pun menetapkan jangka masa belajar, anda boleh menggunakan masa ‘rasmi’ itu untuk anda belajar – walaupun tiada kerja rumah daripada guru pada hari itu. Secara praktikalnya, anda juga dapat mengawal masa tidur anda. Apabila tiada kerja rumah, masa untuk anda habis  belajar lagi cepat!🙂

Ok. Apabila anda sudah menetapkan masa belajar ‘rasmi’ anda, anda perlu lakukan satu lagi kerja berat. Iaitu anda perlu memastikan bahawa dalam jangka masa yang ditetapkan itu, tiada aktiviti lain dilakukan selain belajar. Gangguan luar akan mengurangkan konsentrasi anda. Beritahu kawan-kawan anda supaya tidak menghubungi atau melawat anda dalam jangka masa sekian..ke ..sekian. Jangan jawab telefon atau panggilan daripada luar (melainkan betul-betul penting yea..). Minta tolong orang di dalam rumah supaya mengatakan anda ‘keluar’. – tidak mengapa.. bohong sunat.🙂

Jadi, berapa lama tempoh masa belajar yang anda perlukan? Sudah tentu ianya berbeza antara setiap orang. Tetapi jika anda ialah seorang pelajar anda akan mengetahuinya sebaik sahaja pembelajaran bermula. Sistem pelajaran Malaysia mencadangkan supaya setiap pelajar memperuntukkan sekurang-kurang 2 jam sehari selain waktu persekolahan untuk anda belajar. Anda  boleh berjumpa kaunselor anda untuk mendapatkan khidmat nasihat dan bimbingan.

========

Sekiranya anda ingin mendapatkan buku-buku motivasi belajar, agama, novel atau CD pembelajaran untuk kanak-kanak keluaran Telaga Biru Sdn Bhd, sila klik

eKedai Buku Telaga Biru

(gunakan Internet Explorer 8 untuk melancarkan urusan anda)

Jika anda berminat unutk menjadi pengedar buku Stormreaders seperti kami, sila klik

Stormreaders

Sekian, terima kasih.

========

Posted in Teknik Belajar Buat Si Pencari Ilmu | Leave a comment