Memilih Tempat Belajar yang Betul

Dimanakah agaknya tempat yang sesuai untuk anda belajar?

Dimanakah agaknya tempat yang paling selesa untuk anda membaca?

Ini adalah pendapat saya – Jawapannya ialah dimana-mana sahaja! – Tidak semestinya seperti dalam gambar sebelah. :) Tempat itu mungkin di sebilik anda, meja makan, dapur (kalau ada meja la..), atau di mana-mana sahaja tempat yang anda rasakan selesa. Kalau boleh hendaklah tempat itu jauh daripada ‘kawasan merah’.

Kawasan merah  yang saya maksudkan di sisi ialah kawasan yang mempunyai aktiviti yang berpotensi besar untuk menarik perhatian anda seperti GOSIP, MAKAN, MATCH BOLA dalam playstation dan sebagainya (anda boleh fikir sendiri..).

Kawasan untuk anda belajar/ membaca juga mestilah jauh daripada TV, adik lelaki anda (hmmm..), kawan anda dan sebarang faktor lain yang boleh menarik perhatian anda daripada buku.

Selain itu, penting juga untuk anda memilih tempat yang anda jarang gunakan untuk tujuan lain selain belajar atau membaca. Kalau anda selalu main daun terup kat meja itu, saya pasti anda akan senang terfikir mengenai daun terup sahaja berbanding apa yang anda baca!

==========

Sekiranya anda ingin mendapatkan buku-buku dan bahan bacaan berbentuk motivasi pelajar, agama, novel atau CD pembelajaran untuk kanak-kanak keluaran Telaga Biru Sdn Bhd, sila klik

e Kedai Buku Telaga Biru

(gunakan Internet Explorer 8 untuk melancarkan urusan anda)

Jika anda berminat untuk menjadi pengedar buku Telaga Biru Sdn Bhd seperti kami, sila klik

Stormreaders

Sekian, terima kasih

==========

About these ads
This entry was posted in Teknik Belajar Buat Si Pencari Ilmu. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s